Siapa Yang Layak Mendaftar Sebagai Ahli ?
Semua bekas pelajar IPG Kampus Darulaman yang pernah mengikuti pengajian di kampus ini dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun adalah layak untuk menjadi ahli Alumni.

Tentang Pertubuhan Alumni IPG KDA

Pertubuhan ini dikenali dengan nama ALUMNI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN, JITRA , KEDAH. DARULAMAN.

Tujuan Penubuhan Alumni

  • Untuk mewujudkan jalinan rangkaian di antara ahli-ahli.
  • Untuk mewujudkan perpaduan di antara ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum , agama , bangsa dan lapisan masyarakat.
  • Mengeratkan perasaan muhibbah dan saling hormat menghormati dan mengembangkan persefahaman serta pergaulan di antara ahli dan masyarakat berbilang kaum.
  • Mengambil peranan penting dalam soal pendidikan , kebudayaan , sosial , akhlak , kebajikan dan moral masyarakat.
  • Menimbulkan kesedaran sivik dalam kalangan ahli tentang pentingnya peranan mereka dalam sistem pendidikan Malaysia.
  • Mengadakan seminar atau forum untuk memberikan kesedaran dan pendidikan tentang pendidikan semasa.