Alamat dan tempat urusan ALUMNI PISMP IPG-KPM ialah di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Aras 1, Enterprise Building 3, Blok 2200 Persiaran Apec, Cyber 6, 63000 Cyberjaya atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh jawatankuasa. Alamat untuk surat menyurat Alumni ialah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Aras 1, Enterprise Building 3, Blok 2200, Persiaran Apec, Cyber 6, 63000 Cyberjaya. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih duhulu. |
- Untuk mewujudkan jalinan rangkaian di antara ahli-ahli;
- Untuk mewujudkan perpaduan di antara ahli yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa, kaum dan lapisan masyarakat;
- Mengeratkan perasaan muhibbah dan saling hormat menghormati;dan mengembangkan persefahaman serta pergaulan di antara ahli dan masyarakat berbilang kaum;
- Mengambil peranan penting dalam soal pendidikan, kebudayaan, sosial, akhlak, kebajikan dan moral masyarakat;
- Menimbulkan kesedaran sivik dalam kalangan ahli tentang pentingnya peranan mereka dalam sistem pendidikan Malaysia dan
- Mengadakan program/aktiviti pendidikan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang pendidikan semasa.
|