Konvokesyen ke 2 IPGM - 2012
Pengenalan
Menu Konvokokesyen 2012
MAKLUMAT AM
Pengenalan
Bayaran Konvokesyen
Bilangan Graduan Mengikut Bidang/ Opsyen
Urus Setia
Senarai Hotel Berhampiran
JADUAL ISTIADAT
Jadual Pendaftaran/ Taklimat
ATUR CARA KONVOKESYEN
Sidang Pertama
Sidang Kedua
Sidang Ketiga
Sidang Keempat
SEMAKAN GRADUAN
PERATURAN
Pakaian Graduan
Pakaian Tetamu
Gambar Graduan
Tatacara Graduasi
ANUGERAH KECEMERLANGAN
Anugerah Akademik
Anugerah Khas
SOAL SELIDIK
Borang Pengesanan Graduan
ADMIN LOGIN
IPG LOGIN
Kemaskini: 4 Mac 2012
Pengenalan  

TAHNIAH, kepada semua graduan IPG KPM kohort 2008 yang telah berjaya menamatkan pengajian Program Ijazah Muda Perguruan (sekolah rendah) dari 27 buah IPG Kampus.

Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) atau majlis penyampaian ijazah ) merupakan majlis penganugerahan ijazah perguruan daripada IPG KPM kepada graduan yang telah lulus pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

Graduan Kohort kedua Program Ijazah Muda Perguruan dengan Kepujian Ambilan Januari 2008 adalah seramai 2379 orang telah menamatkan pengajian masing-masing pada November 2011 dan akan ditempatkan ke sekolah rendah di seluruh negara mulai 2012.

Latar Belakang Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISMP)

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah satu program latihan perguruan praperkhidmatan untuk melatih guru sekolah rendah yang berijazah di bawah sistem pendidikan kebangsaan. Program ini menawarkan 15 kursus di 27 buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di seluruh Negara selaras dengan kelulusan kabinet bersetuju menaik taraf maktab perguruan kepada Institusi Pendidikan Guru yang boleh menganugerahkan ijazah pada 31 Julai 2005 . Program ini mula ditawarkan pada ambilan Jun 2005 kepada 2000 orang pelajar dimana mereka dikehendaki mengikuti kursus persediaan selama tiga semester di IPG yang ditetapkan sebagai prasyarat untuk mengikuti program PISMP. Secara rasminya kohort pertama program PISMP ini bermula pada ambilan Januari 2007. Para pelajar akan dianugerahkan ijazah dengan kepujian setelah mengikuti pengajian sekurang-kurangnya 8 semester di IPGM.

Matlamat Program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi 3 standard iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Antara strategi untuk meningkatkan kualiti guru ialah menyediakan program PISMP ini untuk meningkatkan kelayakan guru pada tahap ijazah. Cabaranya ialah untuk memenuhi sasaran 50 peratus guru siswazah di sekolah rendah pada tahun 2010.

Program ini mengambil kira para pelajar dapat menguasai semua 3 indikator yang telah ditetapkan untuk melahirkan guru berkualiti. Guru berkualiti diharapkan akan dapat memberi pendidikan berkualiti dalam usaha untuk melahirkan modal insan berkualiti bagi mencapai hasrat wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri.

Kurikulum PISMP juga bersifat holistik atau menyeluruh, mengintegerasikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai atau disposisi. Kurikulum Pendidikan Guru yang digubal turut mengutamakan kemahiran insaniah dan pelbagai kemahiran yang lain. Perspektif global berkaitan dengan pendidikan juga diambil kira seperti Education For All (EFA), Education for International Understanding (EIU), Education for Sustainable Development (ESD), dan juga empat tonggak pendidikan UNESCO (Pillars of Education)

Akhirnya mesyuarat pertama Senat IPGM pada 9 Disember 2010 telah bersetuju meluluskan seramai 1986 calon bakal guru untuk dianugerahkan ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian. Diharapkan graduan yang akan dianugerahkan ijazah ini akan dapat memenuhi 4 tonggak pembangunan dan kemajuan negara pada masa kini iaitu untuk merealisasikan gagasan 1Malaysia “Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, Pelan Tranformasi Kerajaan, Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-10.