|
|||||
|
|
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Adalah satu program perguruan praperkhidmatan bagi melatih guru dalam pelbagai mata pelajaran. Sebagai prasyarat, pelajar dikehendaki mengikuti program persediaan selama tiga semester di mana-mana 27 buah IPG Kampus yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar yang lulus program persediaan ini akan ditawarkan untuk mengikuti PISMP dengan Kepujian selama empat tahun.
TAHNIAH, kepada semua graduan IPG KPM kohort 2008 yang telah berjaya menamatkan pengajian Program Ijazah Muda Perguruan (sekolah rendah) dari 27 buah IPG Kampus. Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) atau majlis penyampaian ijazah ) merupakan majlis penganugerahan ijazah perguruan daripada IPG KPM kepada graduan yang telah lulus pengajian PISMP. Graduan Kohort kedua Program Ijazah Muda Perguruan dengan Kepujian Ambilan Januari 2008 adalah seramai 2400 orang akan menamatkan pengajian masing-masing pada November 2011 dan akan ditempatkan ke sekolah rendah di seluruh negara mulai 2012.
|
ISTIADAT KONVOKESYEN KALI KE 2TARIKH12 hingga 14 Mac 2012 bersamaan19 Rabiulakhir hingga 21 Rabiulakhir 1433 HijrahTEMPAT Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC):Presint 5, Putrajaya,
|
|
|||||||||||||||||||||
| ©2011 IPGM - KPM |