Penilaian Dan Pengukuran PJ
(Penilaian & Pengukuran PJ)
Konsep Dan Definisi Penilaian & Pengukuran
1) Pengenalan
¡ Penilaian adalah sebahgian proses P&P untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid
¡ Penilaian sangat perlu dilaksanakan bagi merealisasikan FPK
¡ Penilaian mata pelajaran PJ termasuk dalam kategori PKS bersifat formatif
2) Definisi Ujian
§ Instrumen (alat) yang digunakan untuk mengukur sesuatu yang spesifik atau mengumpul maklumat
§ Ujian boleh dilaksanakan dalam beberapa kaedah seperti soalan bercetak, soalan lisan, bateri ujian, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak dan rekod anekdot.
3) Definisi Pengukuran
¡ Proses mengumpul maklumat untuk digunakan bagi membuat keputusan.
¡ Ditadbirkan dalam bentuk ujian bagi mendapat skor atau maklumat.
¡ Boleh juga ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian
4) Definisi Penilaian
¡ Suatu proses untuk menganalisis dan mentafsir data yang dikumpul
¡ Interpretasi ke atas skor ujian
¡ Biasanya dinyatakan dalam bentuk kualiti, kebaikan, merit atau nilai
5) Dua Jenis Penilaian
• Formatif
• Berterusan dalam proses P&P
• Kelemahan dan kekuatan murid diketahui untuk tindakan susulan
• Sumatif
• Penilaian pada akhir penggal
• Pencapaian murid digunakan untuk membuat pilihan
6) Tujuan Penilaian
¡ Menilai prestasi setiap murid
¡ Menentukan status semasa (Kirkendal, Grubel & Johnson 1987)
§ Pemberian gred
§ Mengecualikan pelajar daripada sesuatu aktiviti
§ Maklum balas untuk meningkatkan prestasi
§ Menempatkan individu dalam kumpulan
§ Menentukan aktiviti tertentu
¡ Membekal maklumat untuk kajian
¡ Memilih wakil sekolah
¡ Memotivasikan murid
¡ Menilai P&P
7) Prinsip Pengukuran & Penilaian
¡ Pengukuran & penilaian lebih berkesan sekiranya dilakukan penuh bermakna.
¡ Menepati objektif dan matlamat PJ
¡ Meningkatkan kualiti kaedah pengajaran
¡ Teknik pengukuran & penilaian bersifat objektif (kuantitatif) dan subjektif (kualitatif)
¡ Dilaksanakan oleh personel terlatih
¡ Murid menjalani latihan dan mengetahui prosedur lebih awal
¡ Maklumat diproses menggunakan rujukan kriteria dan norma
8) Contoh Bateri Ujian Kecergasan Berasaskan Kesihatan
Komponen Kecergasan | Bateri Ujian | Kumpulan Sasaran |
Daya tahan kardiovaskular | Cooper (larian/berjalan 12 minit) | Tahun 1 hingga Tkn 5 |
Kekuatan Otot | Bangkit tubi berperingkat | Tkn 3 hingga Tkn 5 |
Daya tahan otot | Tekan tubi | Tahun 4 hingga Tkn 5 |
Kelenturan | Duduk jangkau | Tahun 1 hingga Tkn 5 |
Komposisi badan | Ukuran lilitan badan | Tahun 1 hingga Tkn 5 |
9) Contoh Bateri Ujian Kecergasan Berasaskan Perlakuan Motor
Komponen Kecergasan | Bateri Ujian | Kumpulan Sasaran |
Kelajuan | Lari pecut 30m | Tahun 3 hingga 6 |
Imbangan | Dirian bangau | Tahun 4 hingga Tkn 5 |
Ketangkasan | Lompat kuadron Illinois | Tahun 1 hingga kn 5 Tahun 1 hinga Tkn 5 |
Kuasa | Lompat jauh berdiri Lontar bola keranjang | Tahun 1 hingga Tkn 5 Tahun 1 hingga Tkn 5 |
Masa tindak balas | Nelson Choice-Response- Movement | Tahun 4 hingga Tkn 5 |
Kordinasi | Menggelecek bola dengan tangan Menggelecek bola dengan kaki | Tahun 1 hingga 5 |
10) Contoh Bateri Ujian Kemahiran Sukan
¡ Badminton: Ujian French short-serve (Scott et. Al 1941)
¡ Bola Keranjang (AAHPERD Basketball Skill Test 1984)
¡ Bola sepak (Yeagley, 1972)
¡ Bola Tampar (Ujian servis bola tampar Beumbach, 1967)
- Lecturer: Abd Rahman bin Zakaria Abd Rahman
- Lecturer: siti ramlah bakar