Kursus Pengajian Profesional mengandungi 9 kursus berasingan yang membawa kepada 27 kredit.
- Miss Ooi Siew Tin: Ooi Siew Tin Pensyarah
Kursus ini membincangkan konsep profesion; ciri-ciri guru sebagai seorang profesional; etika, akauntabiliti dan kesantunan guru; peringkat perkembangan guru; kepemimpinan dan peranan guru; kemahiran profesional
dan tanggungjawab guru dalam pelbagai aspek kepemimpinan di sekolah.
- Miss Ooi Siew Tin: Ooi Siew Tin Pensyarah
Kursus ini merangkumi proses perkembangan kanak-kanak
dari sudut fitrah kejadian manusia menurut perspektif
agama dan biologi; faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangannya; prinsip-prinsip asas perkembangan;
peringkat-peringkat perkembangan dan teori-teori yang
berkaitan; implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
serta ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas.
Kursus ini membincangkan konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi pendidikan; pemilihan, penghasilan, penggunaan dan penilaian media pengajaran; aplikasi kemahiran teknikal menggunakan pelbagai media pengajaran; pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran; pengurusan media dan sumber pendidikan.